RTM LEBIH 7 DEKAD TERUS RELEVAN DI HATI PENONTON

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Halimah Khaidzir

Selepas tujuh dekad menerajui industri penyiaran Malaysia sejak April 1946, hari ini genap ulang tahun yang ke-75 bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga merupakan ulang tahun ke-60 Orkestra RTM.

Mengimbas sejarah penubuhannya, RTM bermula dengan satu saluran iaitu, RTM1 sehingga mempunyai lima saluran televisyen dan 34 stesen radio seluruh Malaysia, antaranya TV1 dan TV2.

Menariknya, TV1 dan TV2 juga akan mula bersiaran dalam definisi tinggi (HD) di platform Astro hari ini.

RTM75 dengan slogan ‘Terus Unggul’ berharap akan terus relevan dengan mengambil langkah-langkah signifikan dalam melaksanakan tranformasi pendigitalan selaras visi Pelan Strategik Jabatan Penyiaran 2021-2025.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, RTM akan terus merencana pendekatan yang bijaksana dan berhikmah dalam meningkatkan kefahaman rakyat terhadap pelaksanaan sesebuah dasar.

“Saya mengalu-alukan komitmen RTM dalam menjadikan antaranya komunikasi OKU sebagai teras baharu dalam Pelan Tranformasi RTM, termasuk meningkatkan jurubahasa isyarat untuk program-program utama.

“Pelan Transformasi RTM yang dalam proses pelaksanaan ini mampu memberi tambahan positif bukan sahaja kepada organisasi malahan kepada industri kreatif tempatan,” kata beliau ketika berucap di majlis perasmian ulang tahun RTM ke-75.

-MF-
Sumber : RTM

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

GABEM TAWAR GERAN DIGITAL PKS

Marina Sahabudin MELAKA – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), melalui anak syarikatnya GABEM Ventures Sdn Bhd menandatangan usahasama Memorandum Persefahaman Inisiatif Pendigitalan

TAWAR KERJASAMA STRATEGIK

Marina Sahabudin MELAKA – Kerajaan Melaka menawarkan tawaran kerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri dalam usaha melakukan transformasi pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *