WOODS KEMALANGAN, ALAMI RISIKO SERIUS

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Farah Ismail

Los Angeles – Menerusi laporan berita CNN,
sheriff Los Angeles, Alex Villanueva berkata,
kemalangan kereta membabitkan
Tiger Woods pada 25 Februari lalu, tidak berdepan sebarang tuduhan kerana ia diklasifikasikan sebagai
kemalangan.

‘Kami tidak akan mengenakan sebarang tuduhan dalam kemalangan ini.
Ini tetap adalah satu kemalangan. Suatu kemalangan tidak boleh diambil kira sebagai kejahatan, ” jelas
Villanueva dalam perbualan langsung dari laman ‘facebook’ beliau.

Sementara itu memetik kenyataan Woods menerusi ‘twitter’, beliau memaklumkan berada dalam keadaan sedar, dan kondisinya semakin pulih selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital di bandaraya tersebut.

Pemain golf profesional berusia 45 tahun itu, dilaporkan memandu
kereta jenis SUV kira-kira jam 7 pagi Selasa lalu, terbabas dan melewati pembahagi jalan mengakibatkan kenderaan dipandunya melintasi dua lorong sebelum menghentam bahu jalan dan pokok bedekatan.

Ketika kejadian, Woods bagaimanapun berada dalam keadaan sedar dan tenang tetapi mengalami kecederaan kaki yang serius.

Villanueva turut memaklumkan kepada wakil CNN, Erin Burnett
bahawa Woods tidak memberi sebarang komen mengenai kemalangan tersebut.

Woods menjalani pembedahan pada bahagian kaki kanan dan pergelangan kaki di Pusat Perubatan Harbour-UCLA.

Sementara itu, Pegawai Perubatan yang diketuai Dr. Anish Mahahan dalam kenyataan memberitahu pakar trauma ortopedik memasukkan batang besi untuk menstabilkan tulang tibia dan fibula, tulang kaki dan pergelangan kaki dengan kombinasi skru dan pin bagi melegakan tekanan pada otot dan tisu lembut kaki Woods

Dr Jeremy Faust, doktor yang merawat Woods pula memberitahu
tulang kaki ikon dunia itu perlu dibedah segera
kerana lapisan luar otot menunjukkan kemungkinan Woods berisiko mengalami ‘sindrom kompartmen’, iaitu simptom himpitan kuat sehingga menyebabkan sekatan aliran darah di bahagian yang cedera.

‘Kami percaya bahawa jika tidak meneruskan pembedahan tersebut, Woods mungkin kehilangan kakinya yang merisikokan kakinya dipotong, ” kata Jeremy.

Sementara itu sepasukan pegawai penyiasat yang bergegas di lokasi nahas, mendapati kemalangan tersebut agak berbahaya namun berlaku satu kejaiban menyebabkan Woods terselamat daripada musibah, dengan
kemungkinan bahawa tali pinggang keledar yang dipakainya, menjadi penyelamat.

Woods pada bulan lalu,
turut menjalani pembedahan tulang belakangnya untuk kali kelima, sepatutnya bersedia untuk kembali ke lapangan bagi mengekalkan kegemilangan sukan golf yang dikuasainya.

Terdahulu, Woods pernah berdepan
kemalangan kereta pada tahun 2009, menyebabkan dia
melalui fasa merudum dalam kerier sukan golf.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *