Marina Sahabudin
MELAKA – Usaha mengukuhkan kefahaman dan ilmu pengetahuan dalam kalangan suami isteri dalam menangani cabaran institusi kekeluargaan masa kini dipertingkatkan menerusi seminar keluarga anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Melaka.
Program yang mengangkat tajuk Pembubaran Perkahwinan- Hak dan Tanggungjawab Ke atas Pasangan Selepas Bercerai itu diharap dapat menambah ilmu dalam kalangan peserta khususnya untuk mengembalikan kesejahteraan keluarga.
Sesi ceramah telah disampaikan Pegawai Penyelidik Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Tuan Mohd Tarmizi Jaafar.
Turut hadir Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Datin Nornisah Kamis.
Seminar turut dijayakan Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Pangkat Rendah, Pegawai-Pegawai Awam dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka.
-MF-
Sumber : FB Polis Melaka