SEMARAK TILAWAH AL-QURAN NEGERI MELAKA

Halimah Khaidzir

MELAKA – Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021 telahpun bermula dari 1 hingga 3 April bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim di sini.

Pelbagai aktiviti menarik disusun sempena program itu termasuklah Seminar Memperkasa Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud.

Persembahan peserta Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka tahun 2021 telah berlangsung pada malam pertama dan boleh ditonton semula di laman sosial Facebook Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM).

Setiap aktiviti akan ditayangkan secara ‘live’ di Facebook JAIM sebagai inisiatif menjaga SOP dalam menangani penularan Covid-19.

Turut hadir, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rostam.

-MF-
Sumber : FB Jaim

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *