UBAH MODAL PERNIAGAAN LAPUK LEBIH MODEN

Marina Sahabudin

SABAH – Transformasi perniagaan koperasi tradisional ke digital harus diperluaskan sebgai usaha supaya membantu meningkatkan prestasi jualan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, usaha dilaksanakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah menggiatkan tujuan ini tepat pada masanya.

Beliau, mengulas mengenai perkara itu semasa lawatannya ke pejabat SKM Wilayah Pantai Barat Selatan bagi merasmikan Program Transformasi Perniagaan Koperasi Melalui Sistem Digital Peringkat Pantai Barat Sabah.

“Terima kasih Datuk Umar Sarim Saidin yang bertindak sebagai Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM dan Sairah Basrin Timbalan Pengarah SKM Negeri Sabah di atas penganjuran program yang baik ini.

“Sektor koperasi menjadi platform terbaik untuk meningkatkan tahap pendapatan dan sosio ekonomi masyarakat Sabah dan ia perlu berubah daripada model perniagaan lapuk kepada model baharu dengan menukar mentaliti konvensional kepada yang lebih progresif dan inovatif.

“Hampir 30 buah koperasi di Sabah menerima manfaat sepanjang 2020 dengan jumlah bantuan diterima hampir RM 7 juta seperti Bantuan Pengukuhan Koperasi, Bantuan Pembangunan Koperasi dan Pembiayaan TMP – SKM,” katanya di laman sosial facebook beliau.

Pada program tersebut turut disampaikan replika cek kepada enam koperasi dengan nilai bantuan RM580,000 pelbagai kategori.

Mas Ermieyati turut dibawa melihat sekitar pejabat SKM yang meliputi 15 ekar keluasan.

Terdahulu, 30 Mac lalu Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Muhyiddin Mohd Yassin, melancarkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKom) yang memberi manfaat dan nilai tambah kepada gerakan koperasi termasuk Negeri Sabah yang mempunyai kira-kira 1,620 buah koperasi dengan keanggotaan 276,967 ahli.

-MF-
Sumber : FB Mas Ermieyati

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *