Marina Sahabudin
MELAKA – Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berkualiti tinggi perlu diperluaskan secara efisien.
Menerusi lawatan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP), Datuk Rosol Wahid ke IKS Oppa Mart dan Kilang Berkat Tuah Foodstuff Sdn Bhd, beliau meluahkan rasa gembiranya kerana produk tempatan semakin berkembang.
Ujar beliau, produk tempatan dipasarkan di Oppa Mart merupakan kerjasama baik dengan pihak berkenaan dalam usaha meningkatkan pengeluaran pelbagai produk PKS.
Turut hadir Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Wira Ar. Ismail Othman.
Lawatan berkenaan bertujuan merasmikan kemasukan produk PKS ke Oppa Mart sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2021.
Sementara itu, pelbagai produk sejuk beku dihasilkan Berkat Tuah seperti satey, roti canai dan keropok lekor kini boleh didapati di Oppa Mart.
Inisiatif ini secara tidak langsung membantu usahawan PKS mampu bersaing dengan pasaran lebih besar.
Ia juga menyedarkan orang ramai supaya membeli barangan buatan Malaysia khususnya dihasilkan usahawan tempatan.
-MF-
Sumber : FB Datuk Rosol Wahid