Marina Sahabudin
KLEBANG – UMNO Bahagian Tangga Batu menyusun pelbagai aktiviti bermanfaat bagi merancakkan lagi semangat umat Islam menyambut kedatangan ramadan.
Ketuanya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, antara dianjurkan termasuk Pertandingan Azan Peringkat Parlimen Tangga Batu.
“Turut diadakan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Parlimen Tangga Batu yang akan diadakan pada 10 April ini (Sabtu) mulai jam 5 petang hingga 10.30 malam di Dataran Baitul Tariq di sini,” katanya.
Ujar beliau, inisiatif ini sekaligus menjngkatkan ukhwah dalam kalangan umat Islam setempat.
“Semoga program ini memberi kebaikan kepada semua khususnya dalam meningkatkan penglibatan kita menerusi aktiviti keagamaan.
“Kepada peserta, saya pasti ia memberi banyak faedah kepada mereka. Semoga kita mendapar keberkatan dan keredhaan Allah SWT di atas penganjuran program ini,” katanya.
-MF-
Sumber : FB Mohamad Ali