Halimah Khaidzir
BANDA HILIR – Persediaan awal untuk menggantikan pokok Batai Laut telah dimulakan Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Kerja-kerja tersebut dilaksanakan dengan mengambil anak pokok Batai Laut dari Jalan Tebing Tinggi, Bukit Katil, Melaka.
Menurut Jabatan Landskap MBMB, proses penggantian ini tidak boleh dilakukan secara serta-merta kerana proses transplantasi memerlukan kerja yang cermat bagi memastikan pohon yang dipindahkan sihat.
Sementara itu, proses penggantian itu dijalankan selepas Pokok Batai Laut berusia lebih 127 tahun ditanam di sini tumbang akibat akar yang telah reput dan faktor cuaca yang tidak menentu.
Kerja-kerja penanaman anak pokok Batai Laut bakal disempurnakan oleh Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu 9 April ini.
SUMBER: FB MBMB