KETENGAHKAN SUARA ANAK MUDA

Marina Sahabudin

KLEBANG – Suara anak muda wajar diketengahkan dan mendapat perhatian daripada pihak berkenaan.

Menerusi Program Tuntut Undi 18 yang diadakan di Dataran Baitul Tariq baru-baru ini, rata-rata mereka menyampaikan suara untuk menuntut hak sebagai pengundi.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, mereka mahu Undi 18 disegerakan.

“Ini kerana mereka juga mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang akan menerajui negara.

“Justeru, mereka amat bertegas dengan apa yang disuarakan,” katanya.

Tambah Mohamad Ali, beliau sentiasa menyokong pandangan anak muda.

“Semoga suara mereka didengari dan Undi 18 dilaksanakan pada tahun ini juga,” katanya.

-MF-
Sumber : FB Mohamad Ali

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *