Halimah Khaidzir
TANJUNG BIDARA – MAIM Industries Sdn Bhd (MISB) menyampaikan 2000 bantuan kit makanan dan barang basah menerusi Japerun Tanjung Bidara untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
Inisiatif sebagai usaha membantu keluarga yang terkesan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di negeri ini.
Menariknyan, program tersebut dilaksanakan secara pandu lalu bagi memudahkan pengagihan kepada masyarakat setempat sekaligus mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Majlis penyampaian disempurnakan Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud merangkap Adun Tanjung Bidara di Kompleks Japerun Tanjung Bidara di sini.
-MF-
Post Views: 300