PMPM RAYU BANTU TAMBAH BEKALAN DARAH

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

MELAKA – Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) menyeru orang ramai membantu mengekekalkan keperluan berterusan bekalan Melaka Blood Bank supaya berada dalam tahap selamat.

Timbalan Presiden PMPM, Azlin Othman berkata, sangat penting untuk menyedarkan masyarakat supaya sama-sama menyumbang keperluan bekalan darah .

Menurutnya, secara tidak langsung ia dapat memupuk semangat sukarelawan bersama-sama dan mencipta kerjasama mendekati masyarakat semua peringkat.

“Beberapa hari lagi, kita akan menyambut bulan mulia ramadan. Daripada pengalaman dan statistik terdahulu, bekalan darah sering kali menurun pada bulan berkenaan.

“Justeru, Melaka Blood Bank (Hospital Melaka), PMPM, Lions Club of Tanjung Bidara, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka dan rakan penganjuran mengajak warga Melaka untuk bersama meningkatkan paras bekalan darah ke paras optimum sebelum ramadan nanti.

“Persedian ini sebagai usaha awal mengelakkan kekurangan bekalan darah pada waktu-waktu kecemasan,” katanya kepada MelakaFirst.

Bagi yang berminat untuk menderma darah, kempen bergerak bersama Proton 3S Cheng akan diadakan di Proton Bunga Raya Cheng pada 10 April bermula 10 pagi hingga 3 petang.

Manakala pada 11 April pula, program diteruskan di KipMall Bachang bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *