DISKAUN 50 PERATUS PREMIS MPHTJ

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

BUKIT KATIL – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bersetuju melaksanakan pengurangan 50 peratus sewaan kepada penyewa premis di bawah seliannya.

Menurut Yang di Pertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman, ia dilaksanakan bagi tempoh 5 bulan bermula Disember 2020 hingga April 2021.

“Ia sebagai medium terbaik meringankan beban penyewa premis yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Tambahnya, pihak MPHTJ akan memberikan insentif pengurangan kepada kira-kira 491 penyewa membabitkan hampir 77 lokasi merangkumi sejumlah 715 unit gerai dan premis.

“Ini bermakna, kita telahpun berjaya melaksanakan pengurangan hasil sewaan bernilai RM284,164.99,” katanya.

Sehubungan itu, MPHTJ menyerahkan surat pengurangan sewaan kepada peniaga di Medan Selera Taman Saujana Indah (5 unit premis melibatkan sewa bulanan bernilai RM250 hingga RM300), Medan Penjaja Durian Tunggal (4 unit premis dengan kadar sewaan bulanan sebanyak RM100) dan Medan Selera Bemban 2 yang melibatkan 6 unit premis dengan kadar sewaan bulanan bernilai RM250.

Majlis penyerahan diketuai Shadan bersama Setiausaha MPHTJ, Rohaya Abdullah, Ahli-ahli Majlis MPHTJ, Pegawai Khas Kawasan serta Anggota MPHTJ yang terlibat.

-MF-
Sumber : FB MPHTJ

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *