JASA SARJAN MAT SHAH DIIKTIRAF

Marina Sahabudin

MELAKA – Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Rembau), Sarjan Mat Shah Kassim, 57 yang mempertaruhkan nyawa menyelamatkan mangsa kebakaran tanpa memikirkan nyawanya di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau baru-baru ini menerima penghargaan daripada Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM).

Anak jati Melaka dilahirkan di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah itu berkhidmat di IPD Rembau bermula 2010 menyifatkan tugas yang dilakukan adalah tanggungjawab terhadap masyarakat dan mereka yang memerlukan bantuan dalam kecemasan.

Sepanjang berkhidmat bersama PDRM selama 39 tahun dan 11 tahun di IPD Rembau, terdapat tiga kejadian mencabar dan memberi kesan pada jiwanya dan tidak mungkin beliau lupakan.

Katanya, antara yang tidak boleh dilupakan pertama kemalangan membabitkan pemandu rentung selepas kereta Perodua Myvi dipandu mangsa terbakar dan dia sendiri mengangkat mayat rentung berkenaan.

“Kedua, kes dua warga asing yang ditembak mati selepas merompak rumah dan saya telah mengangkat mayat mereka apabila individu lain enggan melakukannya.

“Bagaimanapun, kejadian kali ini adalah yang paling menyentuh perasaan ketika melihat seorang ibu Maimunah Mohd Shah, 81 tahun nekad menyelamatkan anak dengan memasuki rumah walaupun dia sendiri dalam keadaan bahaya menarik keluar anaknya yang juga OKU Zaidi Zainuddin, 46 tahun sehingga ke tangga dapur,” katanya.

Majlis penyampaian penghargaan disampaikan Timbalan Presiden PMPM, Azlin Othman.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Supt. Hazri Mohamad, Ketua Bahagian Pengurusan, IPD Rembau, ASP Nur Zuliati dan wakil Ketua Cawangan Khas, IPD Rembau, Insp. Muhd Fakhrul Mushaimi Ismail.

Terdahulu Sarjan Mat Shah turut menerima beberapa lagi surat penghargaan daripada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Undang Luak Rembau serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Penghargaan tersebut sebagai pengiktirafan kepada Sarjan Mat Shah yang menunjukkan keberanian luar biasa menyelamatkan mangsa kebakaran dengan sikap bertanggungjawab dan ikhlas bergadai nyawa mendahulukan kepentingan orang ramai sekaligus mengharumkan nama pasukan PDRM.

Menurut Azlin, diharap pengorbanan dilakukan Sarjan Mat Shah dapat menjadi contoh kepada semua.

“Jasanya tidak ternilai dan hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya jua,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *