SENI DECOUPAGE JADI PILIHAN MASDURA

Halimah Khaidzir

MELAKA – Meksipun sudah berusia 54 tahun, namun ia bukan penghalang bagi pesara guru besar ini menceburi bidang baharu.

Terdahulu, Masdura Selamat telah berkhidmat dalam bidang perguruan selama 31 tahun, namun, memilih untuk bersara lebih awal kerana minatnya terhadap kraftangan decoupage.

Decoupage merupakan kraftangan yang menghasilkan tampalan pada sesuatu produk dan mementingkan perincian.

Perasaan ingin tahu terhadap penghasilah kraf decoupage antara faktor dia ingin melibatkan diri dalam bidang itu pada tahun 2012.

Menurut Masdura, bukan mudah untuk mempelajari cara menghasilkan decoupage dan dia perlu membuat pelbagai kajian sendiri di internet.

“Saya mengambil masa lima tahun untuk menguasai bidang kraf decoupage.

“Sebenarnya ia satu kraf yang mudah dan semua orang boleh mencubanya. Tetapi kenalah ada asas yang betul supaya hasilnya berkualiti dan menarik,” katanya.

Tambah Masdura, kraftangan tersebut juga satu seni untuk menzahirkan idea-idea.

“Menggunakan sentuhan kreatif yang ada dalam diri, pelbagai rekaan dan corak menarik boleh dipamerkan.

“Bagi saya, ia menjadi hobi yang baik dan digalakkan bagi golongan wanita yang mempunyai masa lapang untuk mencuba,”katanya.

Dalam pada itu, bagi meluaskan lagi minat dan pengalamannya mengenai decoupage, Masdura membuka kelas bagi yang ingin mempelajarinya.

“Perkongsian ini menarik minat ramai wanita di luar saya. Sekurang-kurangnya selain mengisi masa lapang, platform ini boleh dijadikan medium untuk menambah pendapatan,” katanya.

Bagi yang ingin melihat ataupun memiliki hasil decoupage sentuhan Masdura, anda juga boleh layari laman sosial facebook dan instagram miliknya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *