Marina Sahabudin
MELAKA – Kolej Universiti Islam Melaka dinaiktaraf kepada
Universiti Melaka (UniMEL) pada 8 April 2021.
Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Datuk Noor Effandi Ahmad mewakili Kerajaan Negeri Melaka menerima watikah pengiktirafan rasmi daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad semalam.
Turut hadir, Naib Canselor ‘pertama’ UniMEL, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora dan Timbalan Naib Canselor ‘pertama’ UniMEL, Prof. Madya Dr. Ts. Afizan Azman.
Menerusi perkongsian Noor Effandi di laman sosial miliknya, Melaka kini memiliki sebuah universiti yang membawa nama Melaka itu sendiri secara spesifik, sebuah nama yang masyhur seantero dunia sejak beratus tahun dahulu.
“UniMEL akan berterusan menjadi sebuah institusi pengajian tinggi dengan falsafah pendidikannya yang menggabungkan unsur-unsur keimanan, akademik dan vokasional (duniawi dan ukhrawi) bagi melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif.
“Selamat datang UniMEL, sebuh IPT milik penuh kerajaan negeri Melaka, milik bersama seluruh warga Melaka untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.
-MF-