Marina Sahabudin
MASJID TANAH – Karnival Kerjaya 3 Daerah di Kompleks Belia Masjid Tanah telahpun bermula.
Terdapat lebih 40 booth dari syarikat swasta dan juga agensi kerajaan yang menawarkan peluang pekerjaan khusus untuk anak Melaka.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, pelajar lepasan SPM atau STPM juga digalakkan datang dan mengintai peluang ke kolej atau universiti tempatan.
“Kalau tak tahu nak ambil bidang apa yang mahu dipilih di kolej dan universiti, boleh lakukan ujian psikometrik yang boleh membantu anda membuat keputusan.
“Ada juga peluang untuk menjadi usahawan dan pelbagai pameran seperti Tekun Nasional Melaka,” katanya.
Ujar beliau, karnival berkenaan umpama ‘one stop center’ .
“Jangan lepaskan peluang ini, rebutlah apa yang disediakan, datang ramai-ramai. Beritahu pada anak, anak buah dan rakan taulan,” katanya.
Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
-MF-