TINGKAT PERANAN KOMUNITI SEBAGAI AGEN KEBERSIHAN

Halimah Khaidzir

PERINGGIT – Program Mendaya Komuniti Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Medan Selera Peringgit menjadi medium meningkatkan peranan komuniti sebagai agen kebersihan.

Menurut, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Dr. Daroyah Alwi, usaha tersebut diharap dapat menggalakkan masyarakat mendukung matlamat kerajaan ke arah Negara bersih, indah dan sejahtera.

Turut diadakan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Penggerak Komuniti Negara (PKN) Melaka.

Mengulas mengenai MoU tersebut, ujar Dr. Daroyah, ia sebagai inisiatif untuk memperkasakan komuniti dan rakyat dalam melaksanakan program-program berkaitan penjagaan kebersihan dan amalan 3R.

“Ia sekaligus mewujudkan kerjasama antara agensi kerajaan dan PKN selaku badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin.

Pelbagai aktiviti menarik disusun sempena program ini termasuklah Trash To Cash, Recycle Market, Value Food No Waste dan lain-lain lagi.

-MF-
Foto : Ihsan SMW Environment Melaka

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *