KARNIVAL KERJAYA DAPAT SAMBUTAN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

MASJID TANAH – Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Sementelah lebih 5000 peluang kerjaya menanti dengan penglibatan lebih 30 majikan.

Fokus utama program untuk membantu rakyat Negeri Melaka yang kehilangan pekerjaan dan yang terkesan akibat penularan pandemik covid 19 telah menerima respon positif.

Usaha penganjur bagi memastikan golongan sasar mendapat pekerjaan bagi menampung keperluan harian juga berjaya direalisasikan.

Pendekatan ini dilihat sekaligus membantu merancakkan semula ekonomi negeri dan negara menerusi tenaga kerja baharu yang berpotensi.

Karnival berlangsung dengan lancar dengan adanya komitmen pelbagai pihak khususnya daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Turut memeriahkan karnival, pelakon popular tanah air Datuk Rosyam Nor bagi berkongsi mengenai bidang keusahawanan.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *