Marina Sahabudin
MERLIMAU – Pasar Tani Pra Ramadan Peringkat Negeri Melaka menawarkan pelbagai barangan pada harga lebih berpatutan dan murah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sempat meluangkan masa menyertai program walkabout yang diadakan di Pasar Tani di sini.
Menurutnya, inisiatif anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu dilaksanakan bermula 4 hingga 13 April di tujuh lokasi pasar tani terpilih.
“Saya percaya, dengan adanya Pasar Tani Pra Ramadan ini, ia membolehkan pengunjung membuat persediaan awal untuk sambutan bulan Ramadan, sekaligus merancakkan aktiviti perniagaan,” katanya.
Pada lawatan tersebut beliau turut membantu mengagihkan bubur lambuk, sayur dan nanas secara percuma.
Hadir sama, ADUN Rim, Datuk Wira Ghazale Muhamad, ADUN Merlimau, Datuk Roslan Ahmad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin ( MPJ), Datin Sapiah Haron.
-MF-
Sumber : FB Sulaiman Md Ali