M-WEZ TARIK PELABURAN BARU BERNILAI RM100 BILION

Halimah Khaidzir

MELAKA – Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) merupakan inisiatif menarik pelabur sebagai melahirkan koridor ekonomi baru yang menghubungkan timur dan barat.

Ia menyasarkan kawasan tambakan pesisir pantai dari Umbai ke Tanjung Bruas sebagai koridor ekonomi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, projek itu dijangka mampu menarik pelaburan baru bernilai RM100 bilion dalam tempoh 15 tahun.

Menurutnya, tahun lalu, Melaka mencatatkan pelaburan 2 bilion menerusi 41 projek pembuatan yang diluluskan.

“Melaka dulunya adalah pusat perdagangan yang terkenal dengan adanya pelabuhan semula jadi serta menjadi sasaran utama negara-negara yang ingin memperluas pengaruh mereka.

“M-WEZ diharapkan akan menjadi kelahiran semula koridor ekonomi negeri Melaka dalam berhubung dengan ekonomi global,” katanya dalam majlis pelancaran tersebut pada 8 April lalu.

-MF-
Sumber : FB Sulaiman Md Ali

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *