2 MINGGU DI ICU, CETUS EXTREME GYM

Marina Sahabudin

Siapa sangka hanya kerana mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu, menjadi pencetus kepada Shamsul Izhar Mohd Yusof,57, mengusahakan Extreme Gym yang terletak di Taman Tanjung Minyak Setia ini.

Menguruskan bersama dua lagi sahabatnya, Yusmi Aris dan Noraizat Mohad Yusof, katanya yang mesra disapa Abang Sam, dia sendiri tidak percaya diberikan keajaiban kembali sihat selepas dua minggu berada di ICU.

”Masa tu saya terfikir, macam mana boleh jadi macam ni, sebab tak jaga kesihan ke, tak senaman ke? Jadi bila ada kesempatan dan peluang, saya nekad untuk jalani kehidupan lebih baik,” katanya kepada MelakaFirst.

Memulakan perniagaan sekitar Oktober tahun lalu dengan modal RM90,000, Extreme Gym beroperasi setiap hari pada jam 10 pagi hingga 12 malam.

Meskipun dibuka pada musim PKP, ujar Abang Sam, gym tersebut terus mendapat sambutan.

”Kita lakukan pelbagai promosi untuk menarik minat orang ramai ke sini, sehingga kini ia berhasil dan kita mendapat respon menggalakkan daripada pengguna,” katanya.

Jelas Abang Sam, Extreme Gym turut menawarkan keahlian serendah RM60 setiap bulan dan hanya RM5 sekali masuk.

”Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan personal trainer, yuran dikenakan pula hanya RM200 ke RM250.

”Menariknya, kita jalankan kelas 5 hari seminggu selama 1 atau 1 jam setengah untuk setiap sesi. Di sini bukan hanya lelaki tetapi wanita juga boleh melakukan aktiviti disediakan,” katanya.

Personal trainer bukan hanya bertindak mengajar menggunakan peralatan gym dengan betul, tetapi turut mendidik bagaimana menjaga pemakanan dan sebagainya bagi mendapatkan bentuk badan diidamkan pelanggan mereka.

Sebarang pertanyaan boleh layari laman sosial facebook Extreme Gym.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *