Marina Sahabudin
PERINGGIT – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop tidak ketinggalan meluangkan masa menyertai Program Santuni Kasih Permata Hati Bandaraya Melaka Bersejarah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Melaka Bersejarah di Hospital Melaka (HM) di sini.
Kehadiran beliau dan isteri disambut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), dan isteri, Datin Elyzah Alias serta Pengarah Hospital Melaka, Dr. Zaharimah Abdul Kadir sebelum melawat ke Wad Pediatrik HM.
Pada lawatan tersebut Sulaiman dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanak-kanak yang dirujuk ke hospital berkenaan.
Harapan beliau, semoga kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan ini akan segera sembuh.
Beliau juga mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Melaka Bersejarah kepada rakyat di negeri ini.
Hadir sama, EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman dan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.
-MF-