ARTAC HOLDING TAWAR RUANG SEWA PERINGGIT POINT

Halimah Khaidzir

MELAKA – Syarikat Artac Holding menawarkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyewa bangunan Arataz Properties yang mengambil lokasi di Peringgit Point di sini.

Bangunan tiga tingkat itu mempunyai 81 unit pejabat berbeza untuk disewakan yang mana lokasinya sangat strategik bagi menghubungkan Bandaraya Melaka, Batu Berendam dan Ayer Keroh.

Ia turut menyediakan perkhidmatan parkir percuma bagi memudahkan pengunjung.

Pengurus Arataz Properties, Norasikin Dzaini berkata, kini terdapat 19 unit kosong pejabat dengan kadar sewa berpatutan.

“Lokasi ini satu peluang baik bagi syarikat ‘start-up’ yang mencari ruang pejabat yang selesa.

“Terdapat juga kawalan keselamatan pengawal 24 jam dengan 16 saluran kamera litar tertutup bagi mengukuhkan keselamatan penyewa di bangunan tersebut.

“Arataz Properties juga menyediakan pelbagai kemudahan di seperti surau, tandas yang selesa, bilik mesyuarat dan kafe,” katanya kepada MelakaFirst.

Tambah Norasikin, bangunan ini beroperasi 24 jam bagi memudahkan penyewa untuk keluar masuk.

“Mereka boleh memilih pada kadar bayaran serendah RM300 hingga RM3000 mengikut pelbagai jenis unit pejabat yang kosong bersesuaian dengan perniagaan atau perkhidmatan diusahakan.

“Terdapat juga ‘Penthouse’ di tingkat tiga bangunan tersebut dibuka untuk penyewaan,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Arataz Properties di laman web rasmi mereka.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *