Marina Sahabudin
KUALA LUMPUR – Sebanyak 6000 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Pusat Penilaian Covid 19 ( CAC ) Wilayah Persekutan dan Selangor di sini.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada semua petugas barisan hadapan termasuk pelanggan serta komuniti setempat di sekitar Menara Kembar Bank Rakyat.
Turut serta, Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Pada kesempatan itu, Mas Ermieyati bertemu Timbalan Pengerusi Tekun, Najwah Alim bagi membincangkan memperkenalkan lagi produk Tekun ke akar umbi.
“Saya juga bertemu dengan Niezam Raof bagi cadangan program pendidikan di Parlimen Masjid Tanah.
“Insyaallah mana yang baik kita sokong terutama sekali untuk gerakerja menyantuni anak-anak Masjid Tanah,” katanya.
-MF-
Sumber : FB Mas Ermieyati