PANTAU HARGA BAHAN MENTAH

Marina Sahabudin

MELAKA – Kebelakangan ini ramai yang terkesan berikutan kenaikan harga barangan mentah terutama ayam.

Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman, peningkatan harga barang sekaligus membuatkan pengguna tertekan.

“Ketika ini baik pemborong mahupun peniaga tidak boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda ketika lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

“Rungutan daripada pengguna mahupun peniaga sendiri yang bimbang dan runsing dengan kenaikan harga barang perlu diambil serius oleh kerajaan.

“Harga ayam misalnya mengalami kenaikan drastik hingga RM10 sekilo selepas beberapa kali dalam minggu ini sahaja. Jika tiada kawalan daripada pemboring kepada peniaga, rakyat akan terus dibelenggu dengan masalah ini,” katanya.

Tambah Azlin, alasan dedak ayam mahal punca kenaikan harga ayam juga tidak masuk akal.

“PMPM mencadangkan supaya kerajaan wujudkan satu pasukan khas unuk melindungi kepentingan pengguna terutamanya ketika menjelang musim perayaan.

“Jika tiada tindakan segera diambil, dijangka akan berlakunya kenaikan harga barangan mentah menjelang perayaan Aidilfitri.

“Bagi mereka yang berkerja sendiri, tiada pendapatan bulanan dan keluarga besar pastinya kenaikan harga barang ini memberi tekanan dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Jelasnya, peniaga juga tiada jalan lain sehingga terpaksa menaikkan harga jualan apabila harga barang mentah melambung.

“Kerajaan juga perlu mengambil tindakan dan pantauan terhadap pemborong mahupun orang tengah yang dipercayai penyebab kepada kenaikan harga barang,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *