151 PESERTA CABAR PINGGANG RAMPING

Marina Sahabudin

TELOK MAS – Cabaran Pinggang Ramping 50 Hari DUN Telok Mas kini bermula.

Sehingga kini seramai 151 peserta dalam DUN itu menyahut cabaran dengan penuh semangat untuk berusaha ‘mengurangkan inci’ pinggang masing-masing untuk tempoh 50 hari.

Menurut ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad, lebih menarik setiap peserta berjaya akan mendapat hadiah wang tunai.

“Sambil ramping dan kurus, boleh dapat hadiah wang tunai yang keseluruhannya mencecah RM7,000 ! Yehaaaa!.

“Cabaran ini betul-betul memerlukan azam yang kuat kerana tempoh 50 hari pertandingan ini melibatkan sepenuhnya bulan puasa. Bayangkan godaan pelbagai juadah di bazar Ramadan dan seterusnya berdepan dengan ketupat, lemang, rendang dan pelbagai juadah hari raya pula,” katanya.

Katanya, ukuran saiz pinggang hari ke 50 akan diadakan pada 30 Mei nanti.

“Kita akan jumpa lagi dan dapat beramah-mesra bersama menguatkan ikatan persaudaraan.

“Sambil-sambil mencuba gaya hidup sihat, peluang ini dapat digunakan untuk terus mendekati warga setempat yang tercinta secara santai. Syukur kepada-Nya kerana memberi keizinan berharga ini,” katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *