AZURA PELOPORI BIDANG RAWATAN HERBA

Halimah Khaidzir

MELAKA – Rawatan herba terus menjadi pilihan masyarakat kini sementelah ia bukan lagi asing dalam bidang perubatan tradisional.

Begitu juga di Rara Wellness & Spa, pemiliknya Wan Noor Azura Wan Faudzi, 35, berkata, pemilihan herba yang tepat dan sesuai pastinya memberikan kesan baik kepada pelanggannya.

Mula menceburi bidang berkenaan sekitar 2018, ujarnya yang mesra disapa Azura ini, dia selesa memilih bidang itu sebagai usaha membantu wanita di luar sana mendapatkan penjagaan dan kesihatan yang lebih sempurna.

”Saya membuat pelbagai kajian terhadap pemilihan herba-herba yang sesuai dalam rawatan khas wanita kerana minat mendalam terhadap penggunaan herba dalam rawatan tradisional.

”Pada awalnya saya bermula dengan ‘mobile spa’ hanya untuk perkhidmatan manikur dan padikur, bagaimanapun, saya memilih untuk meluaskan perkhidmatan menerusi rawatan herba ini,” katanya kepada MelakaFirst.

Bagi memudahkan pelanggannya, Azura melakukan perkhidmatan tersebut dari rumah ke rumah.

Selain itu, dia turut mendapatan ilmu dalam urutan tradisional serta terapi tulang belakang dan saraf dengan ‘guru’ yang lebih pakar.

Berkongsi lanjut, Azura menjelaskan, mencari herba-herba yang sesuai untuk kegunaan terapi tradisional bukanlah mudah.

”Kebanyakkan herba yang sudah siap diproses dan dijual di pasaran berharga mencecah ratusan ringgit.

“Daripada hasil kajian, saya sedar rata-rata herba ini boleh didapatkan di sekitar Melaka dan saya berazam untuk memproses hasil herba itu sendiri.

“Walaupun proses penghasilah herba tersebut bukanlah mudah, sehingga saya terpaksa pergi ke ladang kelapa sawit bagi mencari daun gelenggang yang cuma tumbuh di kawasan itu, saya tidak peduli,” katanya.

Tambah Azura, daun-daun herba seperti, serai wangi, pandan, sirih, balik angin, mengkudu dan banyak lagi yang dikumpul kemudiannya dikeringkan sebelum dijadikan produk yang sesuai.

”Hasilnya akan dikeringkan dan dibungkus untuk dijual secara pukal atau digunakan di Rara Wellness & Spa,” katanya.

Azura sentiasa menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya kerana terdapat pelbagai kebaikan pengunaan herba khususnya untuk memberikan ketenangan kepada wanita-wanita.

”Dengan mendapatkan rawatan di sini ia mampu membantu anda mendapatkan pelbagai manfaat seperti kesegaran ketika mandi, membuang tenaga buruk dari badan, dan memberi tenaga,” katanya.

Bagi yang ingin mencuba sendiri kenikmatan dan pengalaman rawatan tradisional, jangan lupa untuk singgah di laman sosial facebook dan instagram Rara Wellnes &Spa bagi sebarang pertanyaan.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *