Marina Sahabudin
Durian Tunggal – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menasihati peniaga bazar Ramadan supaya sentiasa mematuhi SOP dan garis panduan ditetapkan MKN dan KKM.
Menerusi lawatan Yang DiPertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman ke Bazar Ramadan di sini, beliau turut menyantuni penjaja dan menyerahkan lesen kepada mereka.
Pada kunjungan tersebut, seramai 47 penjaja telah menerima lesen sementara.
Hadir sama Ahli Majlis Kawasan Clr, Rasdi Ismail, SUJ Penyelaras Japerun Durian Tunggal, Pak Amire dan Pengerusi JPKK Durian Tunggal.
-MF-
Post Views: 558