RAI GOLONGAN MEMERLUKAN DI MMACP

Marina Sahabudin

AYER KEROH -Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park (MMACP) membuka peluang kepada orang ramai untuk berbakti kepada golongan memerlukan pada bulan ramadan ini menerusi program berbuka puasa dianjurkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MMACP, Arif Faiz Zainuddin berkata, matlamat program ini untuk menyantuni anak-anak yatim dan fakir miskin yang menginap di rumah-rumah kebajikan.

“Kita semua sedia maklum pada bulan ramadan, golongan kurang bernasib baik ini kebiasaannya diraikan serta disantuni dengan majlis-majlis berbuka puasa oleh pelbagai pihak.

“Oleh itu, kami sama-sama mengajak anda untuk menyumbang kepada mereka dengan adanya usaha ini,” katanya.

Ujar Arif Faiz, sesiapa sahaja boleh menyumbang seikhlas hati bermula dengan RM10, RM20, RM50 ataupun RM100 dan wang ini akan digunakan untuk menyediakan juadah-juadah berbuka bermula pada 13 April lalu hingga 3 Mei ini.

“Semoga dengan sumbangan anda, kami mampu menjayakan program ini dalam skala lebih besar sekaligus lebih ramai anak yatim dan fakir miskin merasai nikmatnya,” katanya.

Bagi yang berminat boleh terus ke MMACP bagi sebarang urusan dan pertanyaan lanjut.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *