37 PELAJAR KVDSMZ POSITIF COVID 19

Marina Sahabudin

MELAKA – Merujuk kepada isu kes positif Covid-19 yang dikesan di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd. Zain (KVDSMZ) Alor Gajah, Melaka, EXCO Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman menjelaskan pada 16 April lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah menerima notifikasi kes positif seorang pelajar kolej hasil dari saringan bergejala dan pulang dari Zon Merah.

“Berikutan itu, saringan segera ke atas 196 orang kontak rapat kepada kes positif tersebut yang melibatkan rakan kolej dan guru telah dijalankan.

“Sehingga 21 April, hasil saringan mengesahkan terdapat 37 pelajar kolej positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, semua pelajar yang positif telah diasingkan dan dirujuk untuk rawatan lanjut.

“Kesemua kontak rapat disaring telah diberikan arahan kuarantin dan dipakaikan gelang kuarantin,” katanya.

Tegas Rahmad, susulan terdapat pertambahan kes, penilaian seterusnya telah mengenalpasti seramai 430 kontak rapat kepada kes-kes positif yang lain dan saringan swab Covid￾19 akan dijalankan dalam masa terdekat oleh pihak kesihatan.

“Penutupan sementara KVDSMZ bermula 21 April sehingga 4 Mei nanti dan pemantauan berterusan bagi kontak rapat kes-kes positif di blok terlibat akan diteruskan,” katanya.

Sementara itu, disinfeksi premis dijalankan dengan kerjasama pihak Bomba.

“Pihak Jabatan bersama pihak kolej dan semua agensi terlibat sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengekang penularan jangkitan ini.

“Sehubungan itu, saya memohon orang ramai agar merujuk kepada kenyataaan rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan JKN Melaka,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2356999/6851 atau melalui e-mel [email protected]

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *