FARAH ISMAIL
BACHANG – Rangkaian perniagaan barangan RM2 NINSO membuka cawangan baru di Pasaraya KipaMall di sini.
Lokasi NINSO kali ini berbeza kerana premisnya terletak di dalam pasaraya tidak seperti cawangan lain.
Pelaksanaan tersebut merupakan strategi pemasaran diambil rentetan pengunjung KipMall semakin meningkat.
Ia juga menjadi lokasi ‘one stop centre’ bagi suri rumah yang ingin menjimatkan masa dan beroperasi bersebelahan Mr.Diy.
Pembukaannya hari ini mendapat sambutan hebat yang mana NINSO turut memberi baucar tunai dan ‘freegift’ kepada pelanggan bagi tiga hari pertama ia dibuka bermula 23 April.
- MF-
Post Views: 2,660