ISTIMEWA OMAR & HANA SEMPENA RAMADAN

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – Siri animasi popular Digital Durian hasil usahasama dengan Astro, Omar & Hana akan bersiaran dalam durasi yang lebih
panjang, selama 11 minit sepanjang bulan Ramadan.

Musim terbaharu ‘Kisah Omar & Hana’ ini ditampilkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Menariknya, pengisian kandungan siri ini dilihat lebih padat dengan intipati pembelajaran, sajian lagu dan pelbagai doa untuk panduan semua.

Ia merangkumi empat episod bertemakan Ramadan dan satu episod berlatarbelakangkan raya, yang mana akan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611) bermula 16 April hingga 14 Mei.

Episod-episod Ramadan musim terbaharu ‘Kisah Omar & Hana’ berkisar tentang cerita tauladan para Malaikat dan tanggungjawabnya, kesabaran ketika berpuasa, manfaat dan pahala yang dikumpul melalui sadaqah dan untuk mengasihi dan menghargai orang yang anda sayangi ketika mereka masih bersama dengan kita di dunia ini.

Manakala, episod khas Raya pula akan memperlihatkan Omar & Hana belajar mengenai panduan Kiblat dan sebab-sebab mengapa umat Islam perlu melaksanakan solat dalam keadaan menghadap ke arah Kaabah.

Pengasas dan CEO Digital Durian Animation, Sinan Ismail berkata, Ramadan ini kami telah menghasilkan kandungan khas untuk semua
peminat Omar & Hana di luar sana.

“Kami sentiasa titipkan harapan untuk menyebarkan kebaikan di
seluruh dunia melalui sajian kandungan Omar & Hana ini dengan menyediakannya dalam beberapa bahasa yang lain.

“Mudah-mudahan, penonton kami dapat menerima baik dan menikmati episod istimewa Omar & Hana yang telah disusun,” katanya.

Sementara Penerbit siri animasi ‘Omar & Hana, Fadilah A. Rahman berkata, episod baharu yang lebih panjang ini atas permintaan peminat di seluruh dunia.

“Kami sangat menghargai sokongan daripada ibu bapa dan peminat cilik kami.

“Ramadan merupakan bulan paling istimewa buat Omar & Hana dan Digital Durian dan kami ingin berkongsi detik-detik terbaik dengan
peminat menerusi kandungan segar disajikan,” katanya.

Sempena musim terbaharu ‘Omar & Hana’ ini, Digital Durian juga telah melancarkan kempen ‘Hero Ramadan’ demi meraikan kedatangan bulan Ramadan ini.

Kempen ini adalah untuk meraikan peminat dengan mengadakan satu pertandingan, di mana mereka diperlukan untuk berkongsi detik-detik istimewa di bulan mulia ini.

Peminat yang dipilih menerusi perkongsian penglaman terbaik mereka akan berpeluang memenangi hadiah dan barangan cenderahati dari Omar & Hana.

“Besar harapan saya agar setiap Muslim dapat menjadi seorang ‘Hero Ramadan’ pada tahun ini dengan melakukan pelbagai jenis kebaikan.

“Kami turut berharap agar peminat kami di luar sana akan menonton dan menyokong kisah terbaharu Omar & Hana. Salam Ramadan Kareem buat semua,” ujar Fadilah.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *