PERBANYAK KAPAL PERSIARAN DI LAUT MERAH

FARAH ISMAIL

KERAJAAN Arab Saudi mensasarkan lebih banyak kapal persiaran di laut merah selepas pelayaran pertama Ogos lalu sebagai usaha meningkatkan industri pelancongan negara dan lokasi warisan seperti dilaporkan Cruise Saudi milikPublic Investment Fund yang telah menandatangani perjanjian dengan MSC Cruises yang berpangkalan di Switzerland.

MSC akan membekalkan 18 buah kapal yang mana dua kapal tersebut akan dilayarkan ke Arab Saud dan akan berada di Jeddah bagi mengendalikan pelayaran tujuh hari bermula November tahun ini hingga Mac 2022 manakala MSC Virtuosa akan berada di Pelabuhan Dammam setiap minggu bermula Disember tahun ini hingga Mac 2022.

MSC Magnifica dan MSC Virtuosa dijangka menerima sebanyak 170,000 penumpang untuk kedua-dua kapal persiaran tersebut pada musim sejuk akan datang dan MSC Cruises adalah sebahagian daripada MSC Group, konglomerat perkapalan dan logistik gergasi beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

Pengarah Urusan Saudi Cruise, Fawaz Farooqi berkata, mereka berminat menjalinkan kerjasama bagi jangka masa panjang bersama MSC Cruise dan salah satu langkah diambil Kerajaan Arab Saudi bagi memperluaskan sektor rangkaian industri pelancongan yang meliputi Pantai laut Merah, perhotelan mewah berserta resort, kepulauan yang ada di negara itu dan juga fasiliti rekreasi.

  • MF –

Rujukan SeatradeCruise, MSCCruise
Sumber Foto Seatrade Cruise News, Dubai Emirates Cruise

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *