SUMBANG VAN JENAZAH UNTUK KARIAH

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

ALOR GAJAH – Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyumbang dua buah van jenazah kepada Masjid Al-Najihin, Padang Sebang bagi DUN Gadek dan Masjid Khalid Al-Walid bagi DUN Machap Jaya bagi kegunaan kariah setempat.

Menurut beliau, diharap sumbangan tersebut dapat memberi manfaat dan melancarkan kerja-kerja fardu kifayah khususnya melibatkan pengurusan jenazah.

Pada majlis penyampaian van jenazah tersebut, Mohd Redzuan turut melawat bilik mandi jenazah baharu yang siap dibina hasil daripada peruntukkan beliau kepada pihak masjid.

Selain itu, Mohd Redzuan turut menyampaikan 60 kotak kit makanan kepada tiga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kampung itu.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *