FARAH ISMAIL
Seramai 1500 wanita diambil bekerja bagi urusan membantu dan melayan jemaah umrah dan haji wanita di sekitar dua buah Masjid di Masjidil Haram, Mekah, menurut laporan Agensi Rasmi Akhbar Saudi (Saudi Press Agency SPA) April 2021.
Ia dianggap sejarah kerana ini adalah kali pertama pihak berkuasa mengambil wanita bekerja di barisan hadapan selain pihak berkuasa Saudi dikatakan melantik 10 wanita untuk memegang jawatan kepimpinan kanan pada Ogos tahun lalu.
Perubahan ini adalah sebahagian daripada pembaharuan bagi memajukan hak wanita di negara itu sekaligus mendorong serta melibatkan lebih ramai wanita bergerak aktif dalam ekonomi bersesuaian dengan pelaksanaan kerajaan Saudi terhadap Pelan Rancangan Induk Wawasan 2030 dalam mempelbagai sumber pendapatan ekonomi kepada hyrocarbon.
Menerusi kenyataan Agensi Berita Negeri (Saudi Press Agency SPA), 600 daripada 1500 orang wanita tersebut akan berkhidmat di unit teknikal dan perkhidmatan manakala 50 lagi akan memandu kenderaan eletrik sementara baki seramai 850 pekerja wanita lagi akan digabungkan ke pelbagai bahagian lain termasuk unit yang bertanggungjawab memberi air zam zam, pembersihan karpe, pengangkutan serta pengurusan pentadbiran seperti audit dalaman, seni, pendidikan dan media serta komunikasi.
Rujukan: Saudi Press Agency
- MF –