FARAH ISMAIL
MUMBAI – Aktiviti ekonomi di India bertahan baik meskipun lonjakan angka terhadap kes Covid-19 meningkat naik di negara itu bulan ini walaupun pandemik Covid-19 terus kritikal dan berharap pemulihan ekonomi akan bertahan berdasarkan pengisian data aktiviti ekonomi termasuk peningkatan terhadap penggunaan eletrik.
Menurut Reserve Bank of India (RBI), mereka yakin dapat memberi jaminan bon dengan memastikan likuiditi yang mencukupi dalam sistem perbankan serta melancarkan perlaksanaan terhadap program pinjaman pasaran secara bersar-besaran bernilai Rs.12.06 Lakh Crore.
Bagaimanapun, menerusi laporan Buletin Bank Pusat Isnin lalu, peningkatan terhadap kes Covid bakal memberi tekanan kepada inflasi sekiranya sekatan berlarutan berikutan angka jangkitan Covid mendadak naik lima hari berturut-turut sehingga mencecah angka 353,991 pada 26 April lalu.
Rujukan: Reuters, The Economic Times India
Foto: DnaIndia
- MF –