Marina Sahabudin
MELAKA – Ziarah kasih menjadi penghubung kepada pemimpin setempat mendekati golongan memerlukan.
Menerusi aktiviti itu, Ahli Bersatu Hang Tuah Jaya (HTJ), Tan Sri Rahim Tamby Chik tidak ketinggalan turun padang di sekitat kawasan itu membantu golongan sasaran.
Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka ke 6 itu turut menyumbang barangan keperluan harian serta wang tunai kepada fakir miskin dan golongan kelainan upaya (OKU).
Ujar beliau, usaha berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka khususnya pada bulan Ramadan dan membuat persiapan Syawal nanti.
“Insya-Allah, program ini akan diteruskan lagi selagi keprihatinan dan dasar mesra rakyat menjadi landasan perjuangan kerajaan PN di seluruh negara,” katanya.
Turut hadir, wakil Srikandi HTJ, wakik Pemimpin Kelab Penyokong PN dan wakil aktivis Bersatu.
-MF-