EK MEDIA DAN KOMUNIKASI VISUAL SERTAI V-MIIEX

Halimah Khaidzir

MELAKA – EK Media dan Komunikasi Visual bakal menyertai Virtual-Melaka International Intellectual Exhibition (V-MIIEx) yang berlangsung 2 Julai ini.

Team Inovasi ini terdiri daripada Norazlinda Mohammad, Dr. Liza Marziana, Aidah Alias, Farihan Zahari, Dr Dzaa Imma Abd Latiff dan Amir Nor Azan Samar.

Mereka memilih judul ‘The Effectiveness of Communication Strategy By Utas Travel Agency on Health Care Awareness For Hajj Pilgrims’ untuk dipertandingkan bagi kategori inovasi.

Fokus kajian ini tertumpu pada strategi komunikasi video penjagaan kesihatan yang tertumpu kepada jemaah haji.

V-MIIEx adalah pertandingan inovasi dianjurkan Kampus UiTM Melaka setiap tahun bertujuan mengumpulkan idea dan inspirasi untuk keperluan pengkomersialan.

Ia sebagai platform bagi penyelidik untuk menjalin rangkaian, perkongsian dan peluang untuk berkolaborasi dengan industri.

Pertandingan V-MIIEx tahun ini terbuka kepada semua jenis produk dan teknologi.

Terdapat empat kategori boleh disertai iaitu peringkat profesional, pengajian tinggi, sekolah rendah dan sekolah menengah serta peringkat antarabangsa.

Hadiah sehingga RM7,000 ditawarkan kepada pemenang menerusi pertandingan ini.

Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Mei ini dan peserta berminat boleh mendaftar melalui laman web rasmi V-MIIEx.

Sementara itu, EK Media dan Komunikasi Visual pernah dianugerahkan Sijil Anugerah Bestari bagi Kategori Entiti Kecemerlangan sempena hari Inovasi tahun lalu.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *