PERTIMBANG BONUS PENJAWAT AWAM, PESARA

Marina Sahabudin

MELAKA – Pemuda PN Melaka meneliti kenyataan dikeluarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dipaparkan di platform media tempatan mengenai tiada pemberian bonus kepada penjawat awam dan pesara Negeri Melaka sempena Aidilfitri tahun ini.

Susulan daripada kenyataan Itu, Pemuda PN Melaka menerima banyak maklum balas yang amat mendukacitakan daripada penjawat awam dan pesara terlibat yang berkhidmat dan berusaha memberi komitmen terbaik sepanjang menghadapi cabaran pandemik Covid-19 ini.

Ketuanya, Ahmad Bilal Rahudin berkata, Pemuda PN Melaka memohon dan merayu kepada Kerajaan Negeri supaya dapat mempertimbangkan semula perkara tersebut.

“Rakyat Melaka khususnya penjawat awam dan pesara sangat memerlukan sokongan dan dukungan daripada Kerajaan Negeri dalam menghadapi situasi yang mencabar kini.

“Bonus diterima sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka membuat persiapan Aidilfitri nanti,” katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *