JAMMU, KASHMIR LAKSANA PERINTAH BERKURUNG DAN VAKSINASI

FARAH ISMAIL

JAMMU & KASHIMIR – Jammu dan Kashmir mencatatkan peningkatan angka kes Covid – 19 sebanyak 700 peratus dengan 19 kes kluster aktif bagi tempoh 4 minggu bulan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di daerah tersebut mencecah 169007 dengan 2874 kes pada 1 April kepada 3023 keesokannya.

Rentetan peningkatan kes di luar jangka, 11 daerah iaityu Srinagar, Anantnag, Baramulla, Budgam, Kulgam, Pulwana, Ganderbal, Jammu, Kathua, Reasi dan Udhampur telah diletakkan di bawah arahan Perintah Berkurung ‘Corona Curfew’ berkuatkuasa sehingga 3 Mei sebagai usaha mengekang Covid-19 selain diarahkan ‘lockdown’ pada jam 7 petang kecuali perkhidmatan penting.

Menurut laporan Kashmir Reader, Jammu dan Kashmir dijangka mendapat vaksinasi yang akan diberi percuma kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dengan penyediaan sebanyak 3000 ke 4000 pusat vaksinasi didirikan bagi memastikan program vaksinasi tersebut berjalan lancar.

Sehingga kini, 22 juta penduduk di Jammu dan Kashmir telah divaksin dan ia merupakan 50 peratus daripada sasaran program vaksinasi dilakasanakan.

Rujukan: India Today, The Economic Times India, Kashmir Reader
Foto: Indian Express

  • MF –
Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *