Halimah Khaidzir
MELAKA – Entiti Kecemerlangan (EK) Media dan Komunikasi Visual UiTM Melaka melakukan kajian mengenai strategi komunikasi video penjagaan kesihatan yang menumpukan kepada jemaah haji dengan kolaborasi UTAS Travel Agency.
Kolaborasi penyelidikan yang bertajuk ‘The Effectiveness of Communication Strategy By Utas Travel Agency on Health Care Awareness For Hajj Pilgrims’ tersebut mengambil masa selama 2 tahun bermula Julai, tahun ini.
Ia melibatkan sekumpulan pensyarah dari pelbagai fakulti iaitu Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Seni Reka dan Seni Grafik, Fakulti Sains Kuantitatif dan Matematik serta Fakulti Pengajian Perniagaan.
Antaranya adalah Norazlinda Mohamad, Dr. Liza Marziana, Aidah Alias, Farihan Zahari, Dr. Dzaa Imma Abd Latiff dan Amir Nor Azan Samar.
Hasil kajian ini boleh dipasarkan sekaligus memberi manfaat yang baik dan pembangunan holistik kepada institusi pendidikan, masyarakat dan negara.
Hasil inovasi Video Animasi I-Pro Hajj oleh EK Media dan Komunikasi Visual juga telah memberi mereka kemenangan di dalam Kejohanan Inovasi Antarabangsa IIDEA Perlis 2020.
Menegenai EK, ia dibangunkan bagi mendukung saranan rektor UiTM Melaka untuk membudayakan hasil kerja penyelidikan, penerbitan dan membangunkan produk inovasi yang berkualiti serta berdaya saing.
EK beroperasi hampir dua tahun dan diasaskan Pensyarah Kanan Kewartawanan dari Fakulti Komunikasi Pengajian Media (FKPM), UiTM Melaka, Norazlinda.
-MF-