FARAH ISMAIL
TAIPEI – Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada April lalu telah mencalonkan wanita Taiwan – Amerika, Heidi Shyu, 67, sebagai Setiausaha Pertahanan dan Penyelidikan Kejuruteraan sepertimana yang disahkan oleh Senat, bahawa Shyu akan menjadi orang awam Asia -Amerika berpangkat tertinggi bertugas di Pentagon.
Shyu berpindah ke United State pada usia 10 tahun dan memulakan karier sebagai jurutera serta berkhidmat dalam bidang aeroangkasa dan pertahanan pada 2000 sehingga 2010 dan juga merupakan Ahli Lembaga Ilmiah Tentera Udara A.S dalam tempoh tersebut dan terdahulu beliau memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pengarah pada tahun 2003 hingga 2005 dan Ketua Pengarah pada 2005 hingga 2008.
Shyu juga pernah berkhidmat dalam organisasi bekas Presiden Amerika, Obama sebagai Penolong Setiausaha Tentera Darat dalam unit bidang pemerolehan, logistik dan teknologi dan juga merupakan wanita kedua memegang jawatan tersebut selepas Michele Flournoy, yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Obama.
Shyu Kang – Liang, datuk kepada Shyu Heidi juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Komandan Ketua Angkatan Udara Republik China dan ini membuktikan Shyu mempunyai sejarah keluarga yang cemerlang dalam perkhidmatan ketenteraan sesuai dengan anugerah yang diraih Shyu antaranya Pingat Jabatan Pertahanan Perkhidmatan Awam Cemerlang, Jabatan Dekorasi Tentera Udara serta Pingat Kecemerlangan Jeneral Brehon B. Somerville dan beberapa pingat kepujian yang lain.
Semasa khidmatnya di Jabatan Pertahanan, beliau turut mengetuai banyak projek penting Tentera Udara Amerika Syarikat dan memegang peranan sebagai Pengarah Kanan Pejuang Serangan bersama F-35 Lightning II (JSF) dan Pengarah JSF Integrated Radar / Eletronic Warfare Sensors.
Rujukan: DenfenNew, Taiwan News
Foto: Army.Mil