Marina Sahabudin
TELOK MAS – Bulan Ramadan dimanfaatkan sebaiknya pemimpin setempat menyantuni rakyat.
Tidak ketinggalan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad yang turut meluangkan masa mendekati warga Telok Mas di masjid warisan Masjid Al-Khairiah di sini.
Kira-kira 200 jemaah telah terlibat dalam aktiviti itu.
Pada masa sama, Noor Effandi turut menyumbang sejumlah RM2,000 untuk kegunaan pihak Masjid Telok Mas.
Kata beliau, semoga Ramadan tahun ini lebih bererti dan semangatnya terus membara bagi memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
-MF-
Post Views: 360