SWM ENVIRONMENT CERIAKAN PENGHUNI VILLA HARAPAN

Marina Sahabudin

DUYONG – Syarikat konsesi pembersihan dan pengurusan sisa pepejal, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) meneruskan komitmennya membantu masyarakat menerusi program SWM Kasih Santun Ramadan bersama 138 penghuni Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan di sini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, ia merupakan inisiatif SWM Kasih yang kedua dianjurkan pada bulan Ramadan ini selepas program Kembara Sahur bersama petugas barisan hadapan.

Menurutnya, program SWM Kasih Santun Ramadan merupakan sebahagian daripada entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Environment yang bertujuan memberi keceriaan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Sudah menjadi tradisi tahunan SWM Environment menghulurkan bantuan kepada komuniti setempat terutamanya menjelang musim perayaan.

“Mengambil semangat bulan Ramadan yang mulia kali ini, SWM
Environment memberi fokus kepada golongan gelandangan, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan pesakit mental yang menghuni di Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan.

“Pendekatan ini membuktikan bahawa masih ada pihak
yang mengambil berat terhadap kebajikan mereka. Sumbangan diberikan juga diharap dapat membantu meringankan beban Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan untuk menguruskan penghuni di sinim,” katanya.

Sumbangan diberikan berbentuk barangan keperluan harian serta pek makanan untuk berbuka.

Pada program itu, kakitangan dan penghuni Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan turut diberi pendedahan mengenai amalan Pengasingan Sisa Di Punca serta pembudayaan amalan 3R (Reduce, Reuse & Recycle).

Pertubuhan ini turut didaftarkan di bawah KITARecycle iaitu program kitar semula oleh SWM Environment yang menawarkan mata ganjaran.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *