TAHNIAH TUN SERI SETIA DR. MOHD ALI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MELAKA – Jutaan tahniah diucapkan kepada Yang DiPertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam kerana dilantik sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Pelantikan ini pastinya berita gembira dan membanggakan buat warga KUIM dan rakyat Melaka.

Pemasyhuran Tuan Yang Terutama Tun dengan ini secara rasminya, memberi kuasa kepada Tun mempengerusikan konvokesyen, melaksanakan kewajipan sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Menerusi laman sosial Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, beliau percaya kebijaksanaan Tun mampu membawa KUIM menjadi sebuah kolej universiti yang tersohor daripada segi kualiti graduan terhasil, perkhidmatan disediakan baik di dalam mahupun di luar negara selain aspek governan, akademik, dan penyelidikan.

Turut mengiringi Tun, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Ab. Rahman.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, EXCO Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal & Vokasional, Sains dan Inovasi, Datuk Noor Effandi Ahmad dan Naib Canselor KUIM, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora.

-MF-
Sumber : FB Sulaiman Md Ali

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *