COVID MENGGILA DI INDIA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

FARAH ISMAIL

INDIA – Jumlah Kes Covid – 19 di India mencecah 19,919,715 melebihi separuh daripada penduduk Malaysia dengan jumlah kematian sebanyak 219,945 sehingga 2 May 2021 (dilaporkan oleh Corona WorldMeter).

Kes baharu harian di India kini telah melebihi 300,000 dengan kadar kematian harian yang mencecah hingga 3000 kes.

Jumlah lebih tepat pada 2 Mei adalah sebanyak 370,059 kes dengan angka kematian sebanyak 3422 orang.

Hospital-hospital di New Delhi yang mempunyai penduduk padat seramai 20 juta mula menolak pesakit yang positif kerana katil telah penuh dan kehabisan bekalan oksigen.

Times of India pula melaporkan sebanyak 11 kes kematian Anantapur dan 5 Kurnool berpunca kehabisan bekalan oksigen.

Malah, pesakit terlantar di dalam kereta, di tepi jalan dan di perkarangan hospital sementara menunggu bantuan.

Pusat-pusat pembakaran mayat yang penuh juga menyebabkan mayat terpaksa dibakar di kawasan terbuka.

Menurut Porta India Today, Menteri Kesihatan Delhi Satyendar Jain turut kehilangan ayah beliau akibat Virus Covid – 19 Ahad lalu.

Lebih menakutkan sesetengah saintis menyatakan, apa yang berlaku di India mungkin disebabkan varian baharu virus yang dinamakan ‘double mutant’ B.1.617.

Tidak mustahil varian virus yang sama boleh merebak ke seluruh dunia dan menyebabkan gelombang ketiga Covid-19 yang jauh lebih parah kerana dari segi statistik, setiap 3 kes baru dunia, 1 kes datangnya dari India.

Semoga Allah SWT menyelamatkan Negara kita dari musibah seperti yang sedang dilanda oleh India.

  • MF –

Rujukan: Corona Worldmeter India, Times of India, India Today
Foto: Market Watch, Wion News

Halimah Khaidzir

Halimah Khaidzir

Artikel Berkaitan

GABEM TAWAR GERAN DIGITAL PKS

Marina Sahabudin MELAKA – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), melalui anak syarikatnya GABEM Ventures Sdn Bhd menandatangan usahasama Memorandum Persefahaman Inisiatif Pendigitalan

TAWAR KERJASAMA STRATEGIK

Marina Sahabudin MELAKA – Kerajaan Melaka menawarkan tawaran kerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri dalam usaha melakukan transformasi pembangunan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *