Halimah Khaidzir
BUKIT PIATU – Zakat Melaka menyantuni anak-anak fakir, miskin dan yatim menerusi Program Pautan Kasih Ramadan di Jakel Astama Moda sempena ketibaan syawal di sini.
Pada program yang berlangsung selama tiga hari itu, seramai 100 anak-anak terpilih dari sekolah di Negeri Melaka menerima set kelengkapan baju raya.
Mereka turut diberikan sumbangan duit raya yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Zuhri Iskandar A.Rahman dan pegawai-pegawai zakat.
SUMBER: FB Zakat Melaka
Post Views: 513