Halimah Khaidzir
MELAKA – Imperial Hotel telah dipilih sebagai katerer bagi Simposium Muzium Kebangsaan yang akan berlangsung Ogos ini.
Kenyataan tersebut dikongsi Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis sewaktu berucap pada majlis meraikan anak yatim Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Furqan di Imperial Hotel di sini.
Mengulas mengenai perkara itu, Pengurus Besar Imperial Hotel, Huzaidy Adnan berkata, ia satu berita gembira bagi pihak hotel khususnya pada musim pandemik Covid-19 ini.
“Perlantikan tersebut sekaligus memperkenalkan dan mengetengahkan kewujudan Imperial Hotel kepada pengunjung di sini.
“Ia pastinya peluang terbaik kepada kami untuk meningkatkan pendapatan hotel ini,” katanya.
Sementara itu, Huzaidy berkata, Imperial Hotel tidak akan memotong gaji pekerja walaupun terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Sehingga dua bulan lalu, pihak pengurusan masih mampu menggajikan pekerja tanpa sebarang potongan.
Menurutnya, Imperial Hotel amat menekankan kebajikan pekerja-pekerja dan servis bufet Ramadan disediakan tahun ini antara medium terbaik ‘menyelamatkan’ pekerja terbabit.
“Walaupun lebih 200 orang boleh dimuatkan dalam satu-satu masa di dewan makan ini tetapi, pihak kami sedia mematuhi SOP kerajaan dengan menyediakan 120 tetamu sahaja,” katanya.
-MF-