OPERASI KHAS SEMPENA SYAWAL

Marina Sahabudin

MELAKA – Perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) di Melaka berjalan seperti biasa sepanjang dua hari
cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri 13 dan 14 Mei ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, SWM Environment telah menyusun strategi operasi semasa cuti Hari Raya dengan jadual kutipan sisa pepejal dan tenaga kerja serta jumlah kenderaan yang mencukupi.

”Sebanyak 52 kenderaan lori kompaktor dan 28 lori tipper terbuka dengan anggota seramai 376 orang akan bertugas pada Hari Raya pertama.

“Manakala, sebanyak 51 lori kompaktor dan 29 lori tipper terbuka
dengan 387 orang anggota bertugas pada Hari Raya kedua,” katanya.

Tambah beliau, SWM Environment juga akan memberikan tumpuan khas operasi di kawasan hotspot dan kawasan yang mempunyai bilangan penduduk Melayu yang tinggi bagi mengelakkan berlakunya longgokan sampah yang banyak dan tidak terkawal.

“Seperti musim perayaan sebelum ini, tumpuan akan turut diberikan kepada kawasan tong sampah berpusat yang kebiasaannya menjadi tempat pembuangan sampah bagi peniaga kecil, penjaja dan orang awam.

“Pihak operasi SWM Environment telah mengenal pasti 80 lokasi tong sampah berpusat iaitu di Melaka Tengah (42 lokasi), Alor Gajah (17 lokasi) dan Jasin (21 lokasi) yang memerlukan perhatian khusus untuk kerja kutipan sisa pepejal,” katanya.

Sempena musim perayaan ini, SWM Environment turut menyarankan setiap penduduk memanfaatkan perkhidmatan kutipan +1 seminggu sekali bagi pelupusan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula bagi mengelakkan longgokan sampah terutama di kawasan perumahan.

“Menjelang Aidilfiti, pasti ramai penduduk menggunakan kesempatan ini untuk membersihkan kawasan kediaman.

“Sehubungan itu, penduduk diingatkan untuk melaksanakan
Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dengan mengasingkan sisa domestik untuk dibuang ke dalam tong sampah beroda (TSB) dan sisa yang boleh dikitar semula termasuk sisa pukal dan sisa kebun yang perlu diletakkan di sebelah TSB untuk perkhidmatan kutipan +1 seminggu sekali,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam sepanjang tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri ini boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 dan Talian WhatsApp SWM Environment di 012-618 0082.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *