Marina Sahabudin
TELOK MAS – ADUN Telok Mas, Datuk Noor Affendi Ahmad turut meluangkan masa bersama penduduk DUN itu di Masjid Al-Wathoni Bukit Pegoh di sini.
Menerusi perkongsian beliau di laman sosial facebooknya, lebih 300 jemaah yang hadir disantuni.
“Alhamdulillah, Ramadan kali ini saya dapat berkongsi kemuliaan masjid kesayangan warga Bukit Pegoh, Bukit Larang dan Taman Seri Emas ini sebanyak tiga kali. Ada rezeki dan kemudahan, berjumpa lagi kita di lain masa.
“Terima kasih kepada pihak pengurusan masjid di bawah pimpinan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Roslan Ibrahim kerana aktif membesarkan Ramadhan dengan pelbagai inisiatif.
“Sedikit sumbangan RM2000 disampaikan hari ini diharap dapat membantu pihak masjid menambah bajet yang telah dan akan dikeluarkan mereka di bulan penuh kemuliaan ini,” katanya.
-MF-